Tuesday, 17 May 2011

"kamu adalah hadiah pemberian dari tuhan yang tak ternilai buat saya"

Kerana setiap kekecewaan yang saya alami,setiap dugaan yang saya hadapi,kau ada bersama menemani meski bukan didepan saya.

Kerana setiap kata2 yang kau ucapkan adalah suatu suntikan semangat buat saya meneruskan hidup saya tiap hari.

Kerana kau mengajar saya erti kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi apa jua cabaran hidup ini.

Tuhan,kerana kasih itu sabar,Bantu saya agar saya dapat menilai dengan baik dan tekun dalam mendengar..

Kerana kasih itu baik,bantu saya agar saya dapat berbicara dengan akal fikiran yang waras supaya tidak menyakiti siapapun juga.Ingatkan saya agar saya sentiasa tersenyum dan tidak akan pernah lupa mengucapkan perkataan 'maaf' dan 'terima kasih' kerana perkara sekecil itu memberi seribu makna.

Kerana kasih tidak memegahkan diri,bantu saya agar saya lebih menghargai siapapun jua yang ada disekeliling saya..

Tuesday, 10 May 2011

Iramakan sebuah kehidupan,rakamkan tekad dan azam,renungkanlah makna hakikat sebuah kehidupan..

"ketepikan kekhuatiranmu,berehatlah daripada pekerjaanmu.Lupakan kekecewaan itu.Aku masih disini,menjaga alam semestaku.Akulah yang mengawal semuanya.Aku tidak berubah.Pandanglah kepadaku melampaui matahari dan hiduplah dengan sejahtera"