Sekadar hiburan

Generasi ke 7 hang jebat
1.Hang lebat-mempunyai kelebihan bercakap tapi cakap ja la lebat tapi habuk pe xda.

2.Hang sebat-sering muncul dlm mjlis makan2.Sesiapa yg kuat sebab makanan dia keturunan ke 7 hang jebat.

3.Hang debat-sering muncul di warung kopi.Apa saja topik yg dibincangkan dia akn berdebat wlupn xbtl.

4.Hang hebat-byk dlm msyrakat.Dia nampak hebat tapi xda apa2 keistimewaan pun.

5.Hang rembat-ada kuasa dan menggunakan kuasa utk merembat segala kuasa.


Lelaki hensem vs lelaki tk hensem

kalau lelaki hensem pendiam,perempuan akn ckp:woow,cool giler..
Lelaki tk hensem pndiam,pmpuan akn ckp:eh perasan bgus..
Lelaki hensem berbuat jahat pempuan akn ckp:nobodys perfect.
Lelaki tk hensem berbuat jahat pempuan akn ckp:memang..Muka pun macam pecah rumah..
Lelaki hensem menolong pmpuan yg diganggu,pmpuan akn ckp:wah..Machonya..Mcm hero filem!
Lelaki tk hensem menolong pempuan yg diganggu,pempuan akn ckp:entah2 kawan dia..
Lelaki hensem dpt pempuan cantik,pempuan akn ckp:sepadan sangat..
Lelaki tk hensem dpt pempuan cantik,pempuan akn ckp:mesti kena bomoh pempuan tu!
Lelaki hensem ditinggal kekasih,pempuan akn kata:jgn sedih,kan saya ada..
Lelaki tk hensem ditinggal kekasih,pempuan akan kata:patutlah,tengok saja luarannya..
Lelaki hensem bawa bmw,pempuan akan ckp:matching..Hebat luar dalam.
Lelaki tk hensem bawa bmw,pempuan akn cakap:bang,bosnya mana?
Lelaki hensem tak mau bergambar,pempuan akn ckp:pasti takut kalau2 gambarnya tersebar.
Lelaki tk hensem tk mau brgambar pempuan akn kata:tak sanggup melihat hasilnya ya?
Lelaki hensem menuang air ke gelas pempuan,pempuan akn ckp:ni barulah lelaki gentlemen.
Lelaki tk hensem menuang air ke gelas pempuan,pempuan akn ckp:naluri pembantu,memang begitu..
Lelaki hensem bersedih hati,pempuan akn ckp:let me be ur shoulder to cry on.
Lelaki tk hensem bersedih hati,pempuan akn kata:kuat nangis!Lelaki ke bukan ni?


Wasiat

ada seorang tua bernama nenek ani.Dia terlantar di hospital kerana sakit jantung.Keadaannya semakin hari semakin teruk.Suatu hari dia panggil pak mat bacakan doa untuk nenek ani tapi semakin dibaca,semakin teruk sakit orang tua itu.Sampai terketar-ketar dan termengah-mengah kerana terlalu sakit.Nenek ani dalam keadaan tak bermaya itu memberikan isyarat meminta pen dan kertas.Dengan sisa-sisa tenaga yang ada,nenek ani menulis dan memberikan kertas itu kepada mat.Mat menganggap tak baik membaca wasiat di hadapan nenek ani sebelum nenek ani meninggal.Jadi dia masukkan kertas itu ke dalam poketnya.Tak lama kemudian,nenek ani pun meninggal dunia.Selepas seminggu kematiannya,mat pun memanggil semua sanak saudara nenek ani.Tujuannya adalah untuk membaca wasiat dari nenek tersebut.Mat menyatakan kesedihannya atas kematian nenek ani dan mengajak saudara mara membaca wasiat itu bersama-sama.Antara isi surat itu ialah "mat,kau janganlah berdiri diatas wayar oksigen aku tu"


Al-kisah

di dalam sebuah kampung,ada seorang ketua kampung telah di hadiahkan oleh pihak tentera kerana menolong mereka dalam satu operasi.Alangkah bangganya ketua kampung tersebut lalu menggantungkan jam hadiah itu di depan pintu rumahnya dan orang-orang kampung sering datang melihat jam tersebut seolah-olah barang hiasan kerana pada masa itu mereka tak tahu cara menggunakan jam untuk melihat waktu.Suatu hari,anak ketua kampung tersebut memberitahunya yang jarum tu tak bergerak.Masa tu punyalah ramai anak buah dia di halaman rumah sedang melihat jam tersebut.Maka ketua kampung pun konon nak tunjuk terer.Dia pun menurunkan jam tersebut dari dinding dan membelek jam tersebut depan belakang.Beliau ternampak tempat bateri.Bateri tu keluar dari tempatnya lepas tu,ada pula bangkai seekor lipas dicelah tempat bateri tu.Lalu beliau pun dengan bangganya bagitau pada anak-anak buahnya "patutlah tak jalan,drivernya mati tersepit"..