awan pagi hari ini berarak mendung bagaikan mengerti perasaanku.kesedihan yang masih bersisa di dalam hati,menangisi pemergian seseorang yang disayangi..apapun yang telah berlaku itu,ianya serba sedikit telah mengajar saya tentang erti hidup ini.yang telah mengajar saya untuk menjadi lebih tabah,menjadi lebih baik.berfikir sejenak dan merenungi kehidupan ini lantas menginsafinya..adakah saya mencintai kehidupan ini?mungkin..adakah saya menyalahkan takdir atas apa yang telah berlaku dengan melontarkan persoalan itu..mengapa saya tidak diberi walau sesaat pun waktu untuk saya berbicara padanya sebelum dia pergi..?mungkin kelewatan itu adalah kerana kelalaian saya.saya terkilan,sakit hati dan kecewa.kakak saya berkata kepada saya,untuk apa kita harus bersedih menangisi pemergiannya sedangkan itu sememangnya adalah kehendak tuhan dan setiap yang hidup pasti akan pergi jua..saya akur sesungguhnya dan dalam masa yang sama saya memuji sikap kakak saya kerana dia begitu tabah menghadapinya walau hakikatnya dalam hatinya tersimpan seribu kedukaan.saya akui,saya tak setabah kakak saya..begitu dekatnya jarak kita dengan tuhan kerana hanya dipisahkan dengan kematian..tapi tuhan,saya merinduinya..saya rindu mahu melihat senyumannya,rindu mahu mendengar suaranya..walau saya sedar saya tak akan dapat berbuat apa-apa pun untuk
menginginkan dia kembali..melihat pada pusara sepinya..saya akui perasaan saya sungguh terluka dan ianya mengundang airmata ini untuk mengalir kembali..betapa sakitnya kenyataan ini tapi saya menerimanya kerana itulah kehendak tuhan..sesungguhnya kebenaran itu amat menyakitkan.saya rindu waktu-waktu yang ditinggalkan bersamanya..buatmu yang pasti selalu diingati dan tak akan pernah dilupakan,kukirimkan doa moga engkau tenang disana....
No comments:
Post a Comment