kenapa mesti masih lagi mahu mengingati orang yang telah pergi tinggalkan kita?sebenarnya memang terlalu payah untuk kita mahu melupakan orang yang kita sayangi yang telah dulu pergi tinggalkan kita..mungkin saya adalah salah satu darinya.terlalu sukar bagi saya mahu melupakan datuk walaupun sudah sebulan datuk pergi tinggalkan saya.saya masih merindui datuk..terlalu rindu pada dia.memang payah mahu melupakan dia dari ingatan..terasa sepi sangat hidup ni tanpa dia...apalagi bila teringat kembali setiap memory indah yang pernah dilalui bersama datuk..ianya buat saya menangis.setiap malam sebelum tidur,saya pasti akan merenung gambarnya dan tak akan pernah lupa mendoakan ketenangan dia disana.
malam tu saya bermimpi.datuk datang melawat saya dengan senyuman yang amat manis sekali..betapa gembira dan bahagianya saya melihat datuk tersenyum seperti itu.saya mahu memeluk datuk tapi ada sesuatu benda yang datang menghalang saya dari terus memeluknya..apabila saya terjaga dari tidur saya kecewa kerana itu hanyalah mimpi dan bukannya kenyataan..kenyataannya adalah,datuk dah tak ada..apapun.melihat senyuman datuk dalam mimpi sudah membuat saya bahagia.saya tak akan pernah melupakan senyuman itu..
saya harap saya masih lagi boleh bertemu datuk walau hanya dalam mimpi sahaja.......tuhan,saya amat rindukan dia...
No comments:
Post a Comment