Tuesday, 17 May 2011

"kamu adalah hadiah pemberian dari tuhan yang tak ternilai buat saya"

Kerana setiap kekecewaan yang saya alami,setiap dugaan yang saya hadapi,kau ada bersama menemani meski bukan didepan saya.

Kerana setiap kata2 yang kau ucapkan adalah suatu suntikan semangat buat saya meneruskan hidup saya tiap hari.

Kerana kau mengajar saya erti kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi apa jua cabaran hidup ini.

Tuhan,kerana kasih itu sabar,Bantu saya agar saya dapat menilai dengan baik dan tekun dalam mendengar..

Kerana kasih itu baik,bantu saya agar saya dapat berbicara dengan akal fikiran yang waras supaya tidak menyakiti siapapun juga.Ingatkan saya agar saya sentiasa tersenyum dan tidak akan pernah lupa mengucapkan perkataan 'maaf' dan 'terima kasih' kerana perkara sekecil itu memberi seribu makna.

Kerana kasih tidak memegahkan diri,bantu saya agar saya lebih menghargai siapapun jua yang ada disekeliling saya..

Tuesday, 10 May 2011

Iramakan sebuah kehidupan,rakamkan tekad dan azam,renungkanlah makna hakikat sebuah kehidupan..

"ketepikan kekhuatiranmu,berehatlah daripada pekerjaanmu.Lupakan kekecewaan itu.Aku masih disini,menjaga alam semestaku.Akulah yang mengawal semuanya.Aku tidak berubah.Pandanglah kepadaku melampaui matahari dan hiduplah dengan sejahtera"

Tuesday, 19 April 2011

nah kan....bosan lagi bahhh...

bosan lagi bah mau pigi kerja ni...ingat mau cuti ja saya ni tau...panat..butul2 panat..mau pigi becuti sanaaaaa jauh..sana tengah2 hutan.tenang dan merdeka kata mereka..mau bakawan sama gobuk..gajah..dan segalanya laa..blurrr sudah otak dorang ni tau..fikiran pun yang melayang-layang ja...

tapi hari ni cuti maa..saat yang saya tunggu2 selama ini..tidur adalah perkara terbaik yang dapat saya lakukan bila saya dilanda keboringan...tidur best maa..haha.hari2 dapat tidur kan bagus...eh,nda baguus bah..

Tuesday, 12 April 2011

.........

kenapa mesti masih lagi mahu mengingati orang yang telah pergi tinggalkan kita?sebenarnya memang terlalu payah untuk kita mahu melupakan orang yang kita sayangi yang telah dulu pergi tinggalkan kita..mungkin saya adalah salah satu darinya.terlalu sukar bagi saya mahu melupakan datuk walaupun sudah sebulan datuk pergi tinggalkan saya.saya masih merindui datuk..terlalu rindu pada dia.memang payah mahu melupakan dia dari ingatan..terasa sepi sangat hidup ni tanpa dia...apalagi bila teringat kembali setiap memory indah yang pernah dilalui bersama datuk..ianya buat saya menangis.setiap malam sebelum tidur,saya pasti akan merenung gambarnya dan tak akan pernah lupa mendoakan ketenangan dia disana.


malam tu saya bermimpi.datuk datang melawat saya dengan senyuman yang amat manis sekali..betapa gembira dan bahagianya saya melihat datuk tersenyum seperti itu.saya mahu memeluk datuk tapi ada sesuatu benda yang datang menghalang saya dari terus memeluknya..apabila saya terjaga dari tidur saya kecewa kerana itu hanyalah mimpi dan bukannya kenyataan..kenyataannya adalah,datuk dah tak ada..apapun.melihat senyuman datuk dalam mimpi sudah membuat saya bahagia.saya tak akan pernah melupakan senyuman itu..


saya harap saya masih lagi boleh bertemu datuk walau hanya dalam mimpi sahaja.......tuhan,saya amat rindukan dia...

Thursday, 7 April 2011

renungan...

-dosa yang paling besar adalah ketakutan.

-kesilapan yang terbesar adalah putus asa.


-pengalaman yang sungguh memuaskan adalah melakukan tugas.


-aksi yang terbaik yang anda boleh lakukan adalah menenangkan fikiran supaya pengambilan keputusan yang tepat.

-kebodohan yang terbesar adalah menipu diri sendiri.

-perkara yang pasti terjadi dalam kehidupan ini adalah perubahan.

-kegembiraan yang terbesar adalah diri sungguh diperlukan.

-orang yang sungguh bijaksana adalah orang yang melakukan apa yang dia fikir betul dan patut dilakukan.

-kesempatan yang terbesar adalah perkara-perkara yang
akan kita hadapi berikutnya.


-fikiran yang terhebat adalah memikirkan tentang Allah.

-kemenangan yang terbesar adalah kemenangan kerana sanggup mengalahkan diri sendiri.



-

Monday, 28 March 2011

buringgggg....

kenapa la bah ni hari-hari pi keja mesti sy bosan..ni kawan saya di sebelah ni pun keep on mau becakap nonstop..rasa macam saya mau pigi ja cucuk perut dia pakai garfu bah..apa lah dia rasa tu ah kalau saya pigi cucuk perut dia guna tu garfu..mangkali dia ketawa sambil beguling-guling kan..apa tidak bosan..dia punya cerita pun itu-itu juga..kelmarin,hari ini,minggu lalu itu juga nda pernah berubah..mangkali dia ni kehabisan idea sudah mau cerita apa..saya yang mendengar macam tuli juga sudah telinga bah..adehhh tulung la ni urang kampung..kalu dia jadi wakil rakyat..mesti ucapan dia pun balik-balik itu juga ohh..dapat saya bayangkan kalau dia pigi berucap itu juga terus urang kampung angkat dia pigi kasi sansang sana pokok timadang..wahhh macam siuk..kan bagus kalu bila time dia bercerita tu,dia kasi sedia la satu jug nescafe ka,jangan poh linutau..ataupun masak meggi cintan ka..saya tingu muka dia ni pun serupa jalan garabel yang mau pigi ranau kalau dia buka cerita.sampai bila la ni terus berkeadaan macam ni..mau tunggu pisang berbuah dua kali..sampia bila ahh..

Friday, 18 March 2011

perbezaannya...

Aku bangun lebih pagi suatu hari,
dan bergegas memasuki hari itu..
Terlalu banyak yang harus ku kerjakan,
sehingga tiada waktu untuk berdoa.


Masalah datang menimpaku,
dan setiap tugas terasa semakin berat.
Aku hairan "mengapa tuhan tidak menolongku?"
Dia menjawab "engkau tidak memintanya."


aku ingin melihat sukacita dan keindahannya..setiap hari begitu kelabu.aku hairan mengapa tuhan tidak memberikannya??jawabnya,tetapi engkau tidak mencarinya...

aku mencuba masuk kedalam hadiratnya.ku gunakan seluruh kunci pada pintunya..tuhan dengan manis menegurku...anakku,engkau tidak mengetuk...

aku bangun pagi hari ini..berdiam sejenak sebelum memasuki hari..terlalu banyak yang harus ku kerjakan..
kerananya,aku perlu mengambil waktu untuk berdoa...